26 Ogos 2020 | Kepala Batas
Kempen Kibarkan Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan
Pada julung kalinya SMP mengadakan kempen ini di Tabika Kemas Kubang Menerong, Pulau Pinang.
Malaysia Prihatin dipilih menjadi tema Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini membawa maksud yang cukup mendalam kepada rakyat Malaysia selari dengan keadaan negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19.
Gabungan perkataan ‘Malaysia’ dan ‘Prihatin’ menggambarkan seluruh rakyat di negara ini turut sama memerangi wabak itu serta kecaknaan kerajaan dengan melakukan pelbagai inisiatif merangkumi aspek ekonomi dan kebajikan demi kelansungan hidup rakyat.
Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti mewarna, mengibarkan dan memasang jalur, tanaman pokok, serta nyanyian lagu kemerdekaan. Kempen ini dilakukan dengan kerjasama Unit Kebajikan, Unit Pendidikan dan Unit Pertanian SMP Cawangan Pulau Pinang.
#sekretariatmalaysiaprihatin #smprihatin #prihatinbersamakasihsayanguntuksemua #kempenkibarkanjalurgemilang ... See more